Tuesday, 11 September 2012


PENGENALAN EMAIL

E-mail  merupakan aplikasi  Internet  bertujuan untuk komunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mail, pengguna Internet boleh menghantar teks kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan teks yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mail.
  Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable.  Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks.  Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mail bukanlah satu alat komunikasi yang seiring seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai.  


PENGGUNAAN EMAIL

Penggunaan email mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.  Jika kekuatan dan kelemahan ini difaham dengan baik dan jika e-mail digunakan dengan bijak, penggunaannya sebagai alat komunikasi boleh menandingi semua alat komunikasi yang lain.  Bahagian ini akan membincangkan beberapa panduan yang harus diikuti untuk menjadikan e-mail sebagai alat komunikasi yang berkesan.

email dihantar dalam bentuk teks melalui talian internet, jadi tek tersebut akan tersimpan didalam akaun atas talian menggunakan perisian web pembekal sistem imail.Pengguna email perlu sentiasa menyemak akaunnya supaya dapat mengetahui sama ada pengguna tersebut ada menerima email atau tidak. Oleh itu penghantar perlu mengetahui samada penerima adalah pengguna e-mail yang aktif atau tidak.  

Sebelum membuat sesuatu penghantaran email, pengguna perlu memastikan alamat penerima adalah betul. ini kerana, jika alamat yang salah, email tersebut tidak akan berjaya dihantar ataupun akan sampai kepada penerima yang lain dan bukan kepada orang yang dituju.  Pastikan juga bahawa alamat penerima dieja dengan betul supaya boleh dihantar oleh pelayan e-mail dengan segera.  Jika alamat yang  ditulis tidak wujud, pelayan e-mail akan memaklumkannya kepada penghantar dan ini boleh melambatkan proses komunikasi.


Etika penulisan email perlu di jaga sepertimana penulisan surat biasa di atas kertas. ini kerana, isi kandungannya akan dibaca oleh orang lain dan berkemungkinan juga berlaku salah faham pada penulisan tersebut. Adakalanya sesuatu yang lucu bagi anda mungkin tidak lucu bagi penerima atau menyakitkan hatinya.  Ia harus dielakkan sekiranya pengguna menulis kepada seseorang yang tidak dikenali.  Adakalanya penerima yang dikenali juga mendapati sesuatu yang disangkakan lucu oleh penghantar sebagai  tidak lucu.

Penghantaran dokumen sulit juga tidak digalakkan. ini kerana, sistem internet sangat mudah untuk dicerobohi oleh mereka yang pakar dengan sistem internet. ini menyebabkan dokumen anda akan terdedah dengan orang yang anda tidak kenali.Ssebaiknya, kedua-dua pihak yang lain ingin menghantar sesuatu yang sulit menggunakan program khas seperti PGP bagi mengkodkan utusan ke satu format yang tidak boleh dibaca oleh pengguna lain.



SEARCH ENGINE (ENJIN CARIAN) 
Berikut Merupakan Lima Enjin Pencari
1.       www.babylon.com
2.       www.Funmoods.com
3.       www.Amazon.com
4.       www.blekko.com
5.       www.google.com

www.google.com menjadi pilihan saya sebagai enjin carian yang utama . Bagi saya, google mesra pengguna kerana sangat mudah digunakan.
Untuk mencari maklumat yang terdapat di internet cara termudah.penggunaan enjin carian membantu saya mencari pelbagai pilihan maklumat berkenaan yang saya kehendaki. Google merupakan enjin carian yang paling dominan dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna-pengguna internet. Ia merupakan satu antara lima enjin carian yang kerap dikunjungi oleh pengguna internet seluruh dunia. Google dianggap yang yang terbaik setakat ini dari segi ketepatan, kepantasan dan kuantiti hasil carian dalam satu-satu masa. Halaman utama  google sangat ringkas, ini membuatkan saya tidak serabut mata memandang ketika setiap kali ingin membuat carian.

Kelebihan  Google

1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar
Mampu mengesan maklumat hampir tepat dengan kehendak dan memberi keputusan carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih daripada 8 bilion laman web.

2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki
Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.

3. Carian boleh dilakukan secara spesifik
Carian secara spesifik dengan menggunakan peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.

4. Laman boleh diubahsuai
Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.

5. Mudah untuk menilai hasil carian
Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan hasil carian.

6. Mampu memproses carian keatas 8 bilion laman web, lebih dari 1 bilion imej dan lebih dari 1 bilion mesej Usenet.

7. Menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk antara muka (interface) dan 35 bahasa untuk hasil carian.

Tuesday, 7 August 2012


Cara-cara memasukkan Sound kedalam Slide persembahan Powerpoint.


Klik Insert pada Tools Bar, Klik Sound di sebelah kanan tools bar.
        (terdapat 4 jenis sumber Sound yang boleh dimasukkan)      
1)   Insert From File
Pilih Sound  (hanya file dengan format WAV. dan MP3 sahaja boleh digunakan)
                                          Play Automatically atau When Click
                (setting lagu supaya ia dimainkan sepanjang slide ditayangkan)
                     Klik pada icon speaker pada slide
                                                Klik animation pada tools bar
                                                             Custom animation
                                                                      Right click pada sound/lagu di sebelah kanan slide,
                                                                                       Effect Option
                                                                                                   Pilih play From Biginning
                                                                                                               Pilih Stop After 999 Slide
2)   Insert Sound From Clip Organizer
                       Pilih mana-mana sound yang dikehendaki pada sebelah kanan slide
                                     Play Automatically atau When Click

3)   Insert Sound From Play CD Audio Track
                         Pilih Track yang dikehendaki untuk dimainkan semasa tayangan slide
                        (CD mesti kekal didalam pemacu setiap kali hendak dimainkan Sound)

4)   Insert Sound From Record Sound
(sound mesti direcord terlebih dahulu sebelum dimasukkan)

                       Klik Butang Merah untuk rekod
                                Rakaman sedang dilakukan
                                            Klik STOP sekiranya untuk menamatkan rekod
                                            (secara automatic Sound tersebut akan dimasukkan kedalam slide)

Monday, 6 August 2012


Jenis Fail Umum Yang Sering Digunakan

Common file extensions that are good to know, organized by file formats

Text Files
.docMicrosoft Word Document
.docxMicrosoft Word Open XML Document
.logLog File
.msgOutlook Mail Message
.odtOpenDocument Text Document
.pagesPages Document
.rtfRich Text Format File
.texLaTeX Source Document
.txtPlain Text File
.wpdWordPerfect Document
.wpsMicrosoft Works Word Processor Document
Data Files
.csvComma Separated Values File
.datData File
.efxeFax Document
.epubOpen eBook File
.gbrGerber File
.gedGEDCOM Genealogy Data File
.ibooksMulti-Touch iBook
.keyKeynote Presentation
.ppsPowerPoint Slide Show
.pptPowerPoint Presentation
.pptxPowerPoint Open XML Presentation
.sdfStandard Data File
.tarConsolidated Unix File Archive
.tax2010TurboTax 2010 Tax Return
.vcfvCard File
.xmlXML File
Audio Files
.aifAudio Interchange File Format
.iffInterchange File Format
.m3uMedia Playlist File
.m4aMPEG-4 Audio File
.midMIDI File
.mp3MP3 Audio File
.mpaMPEG-2 Audio File
.raReal Audio File
.wavWAVE Audio File
.wmaWindows Media Audio File
Video Files
.3g23GPP2 Multimedia File
.3gp3GPP Multimedia File
.asfAdvanced Systems Format File
.asxMicrosoft ASF Redirector File
.aviAudio Video Interleave File
.flvFlash Video File
.movApple QuickTime Movie
.mp4MPEG-4 Video File
.mpgMPEG Video File
.rmReal Media File
.srtSubRip Subtitle File
.swfShockwave Flash Movie
.vobDVD Video Object File
.wmvWindows Media Video File

Monday, 9 July 2012

MINGGU 3

Internet

INTERNET (International Network)
  1. Merupakan sebuah rangkaian antarabangsa yang terbesar menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.
  2. Ianya merupakan sebuah rangkaian kawasan yang luas -Wide Area Network (WAN).
  3. Menggunakan protokol TCP/IP untuk penghantaran data maklumat.
  4. Menggunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi,fiber optik, gelombang mikro dan satelit untuk penghantaran data.
  5. Boleh mendapatkan maklumat,mancapai maklumat, berkomunikasi, berniaga, belajar dan membeli belah dalam internet.
  6. Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail, mel elektronik dan kumpulan berita.
  7. Dapat mengakseskan pengguna kepada pengguna yang lain atau mengakses maklumat daripada laman sesawang
Kemajuan pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan cepat dan mudah. E-mel, World Wide Web (WWW), teknologi digital, Internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan yang menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.

Faedah Internet Kepada Guru.


    Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan internet sebenarnya adalah bergantung kepada keupayaan dan kelebihan aplikasi teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran besar terhadap kadar penerimaan dan persediaan mental dalam penggunaan teknologi maklumat di kalangan guru-guru. 



  1. Guru boleh membina modul elektronik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran secara online.
  2. Mencari dan memperolehi imej yang jelas, cantik dan terkini bagi menarik minat pelajar dalam sesi PnP.
  3. Guru dapat mencari lebih banyak maklumat sebagai rujukan untuk pengajaran.
  4. Guru boleh berhubung dengan rakan-rakan guru seluruh malaysia untuk mendapatkan maklumat atau teknik pengajaran berkesan serta kepelbagaian sumber rujukan.
    Walau bagaimanapun, internet juga mampu memberi kesan buruk kepada guru dan pengguna yang lain. Antaranya,
  1. Internet menjadi medium kritikan yang tidak profesional sekiranya guru menghadapi masalah dengan sistem pendidikan atau orang perseorangan dalam pendidikan.
  2. guru juga mudah terpengaruh dengan unsur-unsur kurang sihat yang dipaparkan dalam internet serta mudah menilai sesuatu perkara yang belum pasti kebenarannya.
  3. Guru juga tidak terlepas dari mendapat bahan sumber rujukan yang bukan dari sumber yang bertauliah kerana  dalam internet, sesiapa sahaja dapat menghasilkan penulisan, gambar dan video.

Faedah Internet Kepada Pelajar.
     Kecanggihan sistem teknologi dan komunikasi juga tidak kurang memberi kesan yang besar kepada pelajar seluruh dunia yang mahir menggunakan internet. Pelajar kini tidak lagi perlu ke perpustakaan dan mencari buku-buku yang berkaitan topik yang dikehendaki dan memilih maklumat yang berguna untuk diguna pakai. Pelajar hanya perlu menaip sahaja kata kunci maklumat yang dikehendaki pada enjin carian internet, pelajar hanya perlu memilih maklumat yang berkaitan sahaja daripada keputusan carian yang dipaparkan. Antara kebaikannya:
  1. Pelajar dapat mencari maklumat lebih lanjut berkaitan pembelajaran yang berlangsung disekolah.
  2. Pelajar dapat memanfaatkan banyak modul pembelajaran dan tutorial yang telah disediakan oleh guru-guru mahir seluruh negara yang bertujuan berkongsi ilmu.
  3. Pelajar juga dapat berhubung dengan guru secara personel selepas sesi persekolahan bagi tujuan membuat rujukan
      Namun begitu, pelajar lebih besar risiko terdedah dengan keburukan yang terdapat dalam kandungan internet sekiranya ibu bapa tidak memantau anak-anak semasa menggunakan internet. antaranya:
  1. pelajar membuang masa melayari lama sosial yang tidak memberi faedah kepada pembelajaran.
  2. Ramai pelajar berkenalan dengan rakan baru melalui laman sosial tanpa mengetahui dengan lebih jelas status sosial rakan baru tersebut dan ramai juga menjadi mangsa gejala sosial oleh rakan baru dari laman sosial.
  3. Pelajar juga terdedah dengan unsur seksual yang dipaparkan di internet yang memberi kesan kepada perkembangan sahsiah pelajar dan banyak berlaku masalah atau gangguan seksual dikalangan pelajar kerana cuba mempraktikkan sepertimana yang dipaparkan di internet.

Faedah Internet Kepada PnP Pendidikan Jasmani
      Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar dengan penggunaan gambar dan video yang sebenar berkaitan pendidikan jasmani
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai tahap keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi murid dalam penggunaan internet
  4. Melatih pelajar membuat pembelajaran kendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan murid mengakses maklumat pendidikan jasmani yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
  10. Men
    bolehkan murid melaksanakan aktiviti pj dengan prosedur yang betul melalui tayangan contoh aktiviti.

Teknik Penggunaan TMK dalam PnP Pendidikan Jasmani
     Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah
     Pelbagai teknik yang boleh diguna pakai dalam PnP pendidikan Jasmani menggunakan teknologi TMK mengikut kesesuaian dan keperluan. Antaranya:
  1. Element muzik, video, gambar, animasi dan grafik boleh digunakan sebagai bahan PnP pendidikan jasmani dengan bantuan peralatan TMK
  2. Dengan membuat tayangan video aktiviti pendidikan jasmani, pembelajaran menjadi menarik dan mudah difahami oleh pelajar. tayangan juga boleh diulang-ulang sehingga pelajar betul-betul memahami pembelajaran tanpa perlu dilakukan oleh guru.
  3. Guru boleh menyampaikan maklumat yang bakal di ajar kepada semua pelajar supaya pelajar  melakukan pembelajaran kendiri. Hal ini akan memudahkan proses pembelajaran semasa sesi interaksi dengan guru.
  4. Pelajar boleh membuat rujukan dengan badan-badan sukan yang diiktiraf dengan pantas dan cepat dengan menggunakan internet tanpa perlu membuat lawatan ke institusi sukan.
  5. Dengan bantuan muzik bersesuaian, pelajar dapat membina idea yang lebih kreatif dan dapat melaksanakan aktiviti dengan penuh keyakinan.

Model ASSURE
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

Analyse Learners (Analisis Pelajar)
State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar
   Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
Ciri-ciri umum pelajar.
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
    Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
melakar
menamakan
meramal
membaca
menjawab
melukis
menilai
melabel
menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
    Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.
Adakah bahan ini menepati kurikulum?
Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
Adakah laras bahasanya jelas?
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
Adakah bahan ini berkualiti?
Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

   Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.
Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

  Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula
    Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.





Rekaan Berasaskan CASPER
CASPER??? Apa itu CASPER ? CASPER adalah satu teknik pembinaan persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya adalah Contrast, Alignment, Simplicity, Proximity, Emphasis dan Repetition.

C – Contrast (Perbezaan Ketara)
A – Alignment (Susunan Lurus)
S – Simplicity (Mudah)
P – Proximity (Berhampiran)
E – Emphasis (Penekanan)
R – Repetition (Pengulangan)


Contrast (Perbezaan Ketara)
  • Perbezaan antara dua objek. Perlu memilih dua warna yang kontra.
  • Selain daripada membezakan dua item yang berlainan, kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
  • Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan:
· Font
· Objek besar dan kecil
· Garis halus dan kasar
· Tekstur licin dengan kasar
· Unsur mendatar dengan menegak
· Garis berjauhan dengan berdekatan
· Grafik kecil dengan besar.




Alignment (Susunan Lurus)
  • Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
  • Dalam prinsip ini, item perlu disusun supaya tidak janggal.
  • Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Simplicity ( Mudah)
  • Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan
  • Sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran.
  • Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.
  • Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna daripada teks yang panjang lebar.

Proximity (Berhampiran)
  • Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pad satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item.
  • Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.

Emphasis (Penekanan)
  • Perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.
  • Tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, 
    yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan tersebut.

Repetition (Pengulangan)
  • Dalam prinsip repitition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian.
  • Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna.
  • Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap media.
  • Kita boleh menggunakan perulangan media, teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama



ref-http://akubudakmaktab.blogspot.com/2012/04/pj-tmk-casper.html

Sunday, 1 July 2012

MINGGU 2

Terdapat 4 penggunaan TMK dalam proses P&P yang membantu kita memudahkan serta memberi daya tarikan terhadap proses P&P.

1. Tutorial
2. Penerokaan
3. Aplikasi
4. Komunikasi

walau bagaimanapun, terdapat juga kelebihan serta keburukan penggunaan 

Maksud penggunaan TMK dalam P&P
      > menggunakan TMK secara berfikiran, terancang serta bersesuaian dengan P&P bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan P&P.

       Kelebihan:
               1. mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
               2. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada murid berlainan keupayaan
               3. mampu meningkatkan motivasi diri pelajar
               4. mewujudkan pembelajaran kendiri terhadap pelajar
               5. memberi masa yang secukupnya untuk pelajar memahami sesuatu
               6. bimbingan orang perseorangan yang minimum memberi keselesaan kpd pelajar
               7. meningkatkan kemahiran pelajar terhadap TMK.


1. TMK sebagai Tutorial
      > digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan, sukatan, proforma dan urutan yang telah ditetapkan.
      > Merangkumi:
               1. pembelajaran ekspositori
               2. persembahan demonstrasi yang berurutan, babak yang dikawal oleh sistem
               3. penyediaan latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem

    > Alatan TMK untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada berbentuk CD-ROM, cakera keras mahupun laman sesawang.

       >Perisian pendidikan biasanya mengandungi elemen seperti:
               1. persembahan maklumat
               2. bimbingan
               3. memberi atau menyediakan latihan atau latih tubi
               4. penilaian tahap pencapaian pelajar menerusi latihan


2. TMK sebagai Penerokaan
        > penggunaan TMK sebagai medium seperti:
               1. cari dan akses maklumat daripada CD-ROM, internet dan portal maklumat
               2. mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu secara simulasi
               3. melihat demonstrasi sesuatu yang berurutan babaknya dan boleh dikawal

      > Semasa penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang di terima melalui TMK. Berbanding dengan tutorial yang dikawal oleh sistem.
        > Dalam penerokaan, pelajar akan belajar secara kendiri melahirkan pemikiran kritis, belajar menyelesaikan masalah dan mendapat pengalaman belajar yang autentik serta membina pengetahuan melalui interaksi sosial.
        > Pembelajaran penerokaan sesuai di gunakan untuk pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, menjurus kepada penyelesaian masalah sebenar, berkaitan kajian masa depan


3. TMK sebagai alat Aplikasi
    > Membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pembelajaran. contohnyya penggunaan perisian hamparan elektronik dalam pembinaan jadual, pembangunan rekacipta bentuk dan memplot graf dalam sesuatu tugasan.
           > Contok perisian yang biasa digunakan ialah:
                 1. Computer Aided Design (Auto CAD)
                 2. Google Sketch
                 3. Adobe Photoshop
                 4. Sony Vegas
                 5. Microcontroller 8051

          > Kelebihan menggunakan aplikasi dalam TMK mampu memberi tumpuan semasa melakukan  pembelajaran yang autentik, penerapan masalah yang lebih mencabar dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran pnp.


4. TMK sebagai alat Komunikasi
           > Alat pemudah komunikasi. digunakan untuk membantu pelajar dan guru berhubung , menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk dari dua lokasi berasingan.
           > komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai mod seperti:
                    1. teks
                    2. grafik
                    3. audio
                    4. video
                    5. kombinasi pelbagai mod, contoh teks+grafik dan video+audio.

            > Terdapat 4 teknik komunikasi dalam PnP yang boleh digunakan
                    1. teknik seorang (Sendirian)
                    2. teknik seorang kepada seorang
                    3. teknik seorang kepada ramai
                    4. teknik ramai kepada ramai.

            > Antara kelebihan menjalankan PnP dengan bantuan komunikasi TMK ialah dapat melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif, meningkatkan penglibatan pelajar secara global dan boleh merujuk kepada pakar dari dalam dan luar negara.

Sunday, 24 June 2012

MINGGU 1

DEFINISI TMK
Menurut Seen (1998), TMK merangkumi pelbagai teknologi yg disepadukan utk memperolehi, menyimpan @ menyebarkan maklumat dlm pelbagai bentuk spt teks, grafik, audio, animasi dll menggunakan alat elektronik. TMK mengandungi 3 komponen iaitu komputer, komunikasi & tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kpd manusia & organisasi utk lebih produktif, berkesan & berjaya.


TMK merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkupnya sangat luas meliputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi TMK boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi yang menjadi pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menerima & menyampaikan maklumat kepada penerima 

DEFINISI TM
Menurut Abdul Razak dan rakan-rakan (2000), Teknologi Maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses data, mencipta dan menyimpan maklumat.



Teknik-teknik persembahan TMK dalam P&P PJ
  1. paparan imej xtvt dalam pj
  2. tayangan video @ link dengan alamat video yang berkaitan dengan pj
  3. menyediakan link dengan sebarang laman web yang memberi maklumat tentang pj
  4. memaparkan maklumat tentang pj dalam bentuk teks.
  5. menyediakan link dengan bahan rujukan ataupun fakta yang berkaitan dengan pj
  6. berhubung dengan pelajar melalui atas talian dengan mudah dan cepat 

Thursday, 21 June 2012

OBJECTIVITY

Blog ini dicipta untuk memenuhi pembelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) pada 21-06-12 22:20 ipg/2012/2