Sunday, 24 June 2012

MINGGU 1

DEFINISI TMK
Menurut Seen (1998), TMK merangkumi pelbagai teknologi yg disepadukan utk memperolehi, menyimpan @ menyebarkan maklumat dlm pelbagai bentuk spt teks, grafik, audio, animasi dll menggunakan alat elektronik. TMK mengandungi 3 komponen iaitu komputer, komunikasi & tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kpd manusia & organisasi utk lebih produktif, berkesan & berjaya.


TMK merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkupnya sangat luas meliputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi TMK boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi yang menjadi pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menerima & menyampaikan maklumat kepada penerima 

DEFINISI TM
Menurut Abdul Razak dan rakan-rakan (2000), Teknologi Maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses data, mencipta dan menyimpan maklumat.



Teknik-teknik persembahan TMK dalam P&P PJ
  1. paparan imej xtvt dalam pj
  2. tayangan video @ link dengan alamat video yang berkaitan dengan pj
  3. menyediakan link dengan sebarang laman web yang memberi maklumat tentang pj
  4. memaparkan maklumat tentang pj dalam bentuk teks.
  5. menyediakan link dengan bahan rujukan ataupun fakta yang berkaitan dengan pj
  6. berhubung dengan pelajar melalui atas talian dengan mudah dan cepat 

No comments:

Post a Comment