Sunday, 1 July 2012

MINGGU 2

Terdapat 4 penggunaan TMK dalam proses P&P yang membantu kita memudahkan serta memberi daya tarikan terhadap proses P&P.

1. Tutorial
2. Penerokaan
3. Aplikasi
4. Komunikasi

walau bagaimanapun, terdapat juga kelebihan serta keburukan penggunaan 

Maksud penggunaan TMK dalam P&P
      > menggunakan TMK secara berfikiran, terancang serta bersesuaian dengan P&P bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan P&P.

       Kelebihan:
               1. mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
               2. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada murid berlainan keupayaan
               3. mampu meningkatkan motivasi diri pelajar
               4. mewujudkan pembelajaran kendiri terhadap pelajar
               5. memberi masa yang secukupnya untuk pelajar memahami sesuatu
               6. bimbingan orang perseorangan yang minimum memberi keselesaan kpd pelajar
               7. meningkatkan kemahiran pelajar terhadap TMK.


1. TMK sebagai Tutorial
      > digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan, sukatan, proforma dan urutan yang telah ditetapkan.
      > Merangkumi:
               1. pembelajaran ekspositori
               2. persembahan demonstrasi yang berurutan, babak yang dikawal oleh sistem
               3. penyediaan latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem

    > Alatan TMK untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada berbentuk CD-ROM, cakera keras mahupun laman sesawang.

       >Perisian pendidikan biasanya mengandungi elemen seperti:
               1. persembahan maklumat
               2. bimbingan
               3. memberi atau menyediakan latihan atau latih tubi
               4. penilaian tahap pencapaian pelajar menerusi latihan


2. TMK sebagai Penerokaan
        > penggunaan TMK sebagai medium seperti:
               1. cari dan akses maklumat daripada CD-ROM, internet dan portal maklumat
               2. mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu secara simulasi
               3. melihat demonstrasi sesuatu yang berurutan babaknya dan boleh dikawal

      > Semasa penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang di terima melalui TMK. Berbanding dengan tutorial yang dikawal oleh sistem.
        > Dalam penerokaan, pelajar akan belajar secara kendiri melahirkan pemikiran kritis, belajar menyelesaikan masalah dan mendapat pengalaman belajar yang autentik serta membina pengetahuan melalui interaksi sosial.
        > Pembelajaran penerokaan sesuai di gunakan untuk pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, menjurus kepada penyelesaian masalah sebenar, berkaitan kajian masa depan


3. TMK sebagai alat Aplikasi
    > Membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pembelajaran. contohnyya penggunaan perisian hamparan elektronik dalam pembinaan jadual, pembangunan rekacipta bentuk dan memplot graf dalam sesuatu tugasan.
           > Contok perisian yang biasa digunakan ialah:
                 1. Computer Aided Design (Auto CAD)
                 2. Google Sketch
                 3. Adobe Photoshop
                 4. Sony Vegas
                 5. Microcontroller 8051

          > Kelebihan menggunakan aplikasi dalam TMK mampu memberi tumpuan semasa melakukan  pembelajaran yang autentik, penerapan masalah yang lebih mencabar dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran pnp.


4. TMK sebagai alat Komunikasi
           > Alat pemudah komunikasi. digunakan untuk membantu pelajar dan guru berhubung , menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk dari dua lokasi berasingan.
           > komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai mod seperti:
                    1. teks
                    2. grafik
                    3. audio
                    4. video
                    5. kombinasi pelbagai mod, contoh teks+grafik dan video+audio.

            > Terdapat 4 teknik komunikasi dalam PnP yang boleh digunakan
                    1. teknik seorang (Sendirian)
                    2. teknik seorang kepada seorang
                    3. teknik seorang kepada ramai
                    4. teknik ramai kepada ramai.

            > Antara kelebihan menjalankan PnP dengan bantuan komunikasi TMK ialah dapat melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif, meningkatkan penglibatan pelajar secara global dan boleh merujuk kepada pakar dari dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment