Tuesday, 11 September 2012


PENGENALAN EMAIL

E-mail  merupakan aplikasi  Internet  bertujuan untuk komunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mail, pengguna Internet boleh menghantar teks kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan teks yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mail.
  Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable.  Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks.  Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mail bukanlah satu alat komunikasi yang seiring seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai.  


PENGGUNAAN EMAIL

Penggunaan email mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.  Jika kekuatan dan kelemahan ini difaham dengan baik dan jika e-mail digunakan dengan bijak, penggunaannya sebagai alat komunikasi boleh menandingi semua alat komunikasi yang lain.  Bahagian ini akan membincangkan beberapa panduan yang harus diikuti untuk menjadikan e-mail sebagai alat komunikasi yang berkesan.

email dihantar dalam bentuk teks melalui talian internet, jadi tek tersebut akan tersimpan didalam akaun atas talian menggunakan perisian web pembekal sistem imail.Pengguna email perlu sentiasa menyemak akaunnya supaya dapat mengetahui sama ada pengguna tersebut ada menerima email atau tidak. Oleh itu penghantar perlu mengetahui samada penerima adalah pengguna e-mail yang aktif atau tidak.  

Sebelum membuat sesuatu penghantaran email, pengguna perlu memastikan alamat penerima adalah betul. ini kerana, jika alamat yang salah, email tersebut tidak akan berjaya dihantar ataupun akan sampai kepada penerima yang lain dan bukan kepada orang yang dituju.  Pastikan juga bahawa alamat penerima dieja dengan betul supaya boleh dihantar oleh pelayan e-mail dengan segera.  Jika alamat yang  ditulis tidak wujud, pelayan e-mail akan memaklumkannya kepada penghantar dan ini boleh melambatkan proses komunikasi.


Etika penulisan email perlu di jaga sepertimana penulisan surat biasa di atas kertas. ini kerana, isi kandungannya akan dibaca oleh orang lain dan berkemungkinan juga berlaku salah faham pada penulisan tersebut. Adakalanya sesuatu yang lucu bagi anda mungkin tidak lucu bagi penerima atau menyakitkan hatinya.  Ia harus dielakkan sekiranya pengguna menulis kepada seseorang yang tidak dikenali.  Adakalanya penerima yang dikenali juga mendapati sesuatu yang disangkakan lucu oleh penghantar sebagai  tidak lucu.

Penghantaran dokumen sulit juga tidak digalakkan. ini kerana, sistem internet sangat mudah untuk dicerobohi oleh mereka yang pakar dengan sistem internet. ini menyebabkan dokumen anda akan terdedah dengan orang yang anda tidak kenali.Ssebaiknya, kedua-dua pihak yang lain ingin menghantar sesuatu yang sulit menggunakan program khas seperti PGP bagi mengkodkan utusan ke satu format yang tidak boleh dibaca oleh pengguna lain.



SEARCH ENGINE (ENJIN CARIAN) 
Berikut Merupakan Lima Enjin Pencari
1.       www.babylon.com
2.       www.Funmoods.com
3.       www.Amazon.com
4.       www.blekko.com
5.       www.google.com

www.google.com menjadi pilihan saya sebagai enjin carian yang utama . Bagi saya, google mesra pengguna kerana sangat mudah digunakan.
Untuk mencari maklumat yang terdapat di internet cara termudah.penggunaan enjin carian membantu saya mencari pelbagai pilihan maklumat berkenaan yang saya kehendaki. Google merupakan enjin carian yang paling dominan dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna-pengguna internet. Ia merupakan satu antara lima enjin carian yang kerap dikunjungi oleh pengguna internet seluruh dunia. Google dianggap yang yang terbaik setakat ini dari segi ketepatan, kepantasan dan kuantiti hasil carian dalam satu-satu masa. Halaman utama  google sangat ringkas, ini membuatkan saya tidak serabut mata memandang ketika setiap kali ingin membuat carian.

Kelebihan  Google

1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar
Mampu mengesan maklumat hampir tepat dengan kehendak dan memberi keputusan carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih daripada 8 bilion laman web.

2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki
Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.

3. Carian boleh dilakukan secara spesifik
Carian secara spesifik dengan menggunakan peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.

4. Laman boleh diubahsuai
Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.

5. Mudah untuk menilai hasil carian
Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan hasil carian.

6. Mampu memproses carian keatas 8 bilion laman web, lebih dari 1 bilion imej dan lebih dari 1 bilion mesej Usenet.

7. Menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk antara muka (interface) dan 35 bahasa untuk hasil carian.

No comments:

Post a Comment